KUALA LUMPUR 9 Mei - Harga-harga hartanah di negara ini sudah mencapai tahap membimbangkan terutama bagi kawasan bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Namun, Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd. Dr. Yeah Kim Leng berkata, situasi berkenaan masih belum dipanggil sebagai gelembung hartanah.
"Harga-harga hartanah meningkat dengan mendadak di beberapa kawasan utama sejak 2010- 2011 namun kami masih belum menggelarkannya gelembung hartanah kerana terdapat beberapa kawasan yang mana pendapatan di kawasan tersebut masih mampu menyerap kenaikan harga hartanah," katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat penarafan kredit di sini hari ini.
Menurut Kim Leng, jika bersandarkan kepada pacuan pasaran, permintaan akan menyusut apabila ia mula menghampiri satu paras harga yang terlalu tinggi.
"Apabila ini berlaku, ia akan membantu harga hartanah diikat dan semakin stabil, dengan itu, pemaju-pemaju hartanah perlu sentiasa bersedia untuk mengambil risiko" ini kerana ia dapat mengelakkan kejatuhan pasaran, katanya.
Tambah beliau, prospek hartanah di negara ini masih ada kerana bank-bank masih menyediakan akses pinjaman selain industri tersebut mempunyai asas yang kukuh.
Katanya, permintaan hartanah-hartanah mewah masih menggalakkan terutama di kawasan-kawasan bandar besar selain ia disasarkan kepada warga asing.
Kim Leng juga menyarankan pemaju perumahan untuk menyediakan lebih banyak rumah-rumah yang berharga sekitar RM400,000 - RM800,000 kerana ia mempunyai permintaan tinggi ketika ini.
Dalam perkembangan berbeza, Kim Leng menjangkakan ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan sekitar 4.6 peratus tahun ini walaupun ekonomi global berdepan dengan pelbagai krisis terutama di zon Eropah selain pemulihan lemah di Amerika Syarikat.
"Petunjuk terbaru bagi Malaysia menunjukkan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) mencatat prestasi mengagumkan ditambah dengan permintaan domestik yang menarik.
Kami yakin Malaysia mampu mengharungi kelembapan ekonomi global dan tidak tergugat dengan tekanan faktor luaran pada tahun ini," ujar beliau lagi.
Belum ada tanggapan untuk "Harga rumah naik lagi"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ