Para usahawan atau bakal usahawan yang amat saya hormati sekalian. Anda berada di sini kerana telah ditakdirkan, bukanlah satu kebetulan. Mungkin di sinilah permulaan kejayaan anda dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburi.
Ingatlah! Pelaburan dalam ilmu adalah yang pelaburan yang sebaik-baiknya, apa lagi ilmu yang akan anda pelajari ini pasti akan digunakan dalam pekerjaan anda sehari-hari. Ia bukan saja membawa keuntungan kepada anda seorang sahaja tapi juga kepada syarikat anda juga.
Saya pasti, anda ingin tahu lebih lanjut apa yang saya kongsikan dalam ebook ini. eBook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini saya hasilkan bagi membantu para kontraktor/usahawan, sama ada yang telah lama melibatkan diri dalam perolehan kerajaan atau bakal kontraktor/usahawan yang baru mempelajari selok belok perolehan kerajaan.
Ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini hanya boleh didapati dari bertahun-tahun pengalaman menjadi kontraktor/usahawan yang menyertai banyak perolehan kerajaan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender. Dari pengalaman GAGAL dan MENANG tersebut barulah anda mendapat kepakaran dalam menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang anda dan memenanginya dengan mudah.
Adakah anda benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan Perolehan Kerajaan sebenarnya?
Mari saya kongsikan serba sedikit mengenai perolehan kerajaan dan kelebihan dalam menyertai perolehan kerajaan. Dalam kata lain perolehan kerajaan ini juga bermaksud pembelian oleh kerajaan. Pihak kerajaan memerlukan pelbagai produk dan perkhidmatan dari kontraktor untuk menguruskan Jabatan ataupun melakukan pembangunan. Ia juga dipanggil kontrak kerajaan oleh para kontraktor.
Nama saya Khairul Nizam Bakar, saya adalah seorang kakitangan awam sepenuh-masa dan internet marketer separuh-masa. Saya telah berkhidmat selama hampir 10 tahun di beberapa jabatan dan berpengalaman luas dalam menguruskan, mengendali dan menilai perolehan kerajaan.
| |
Sepanjang 10 tahun ini, saya terlibat dalam lebih 200 perolehan kerajaan sama ada secara panjar wang runcit, pembelian terus, kontrak pusat, sebutharga dan tender. Jika dinilai dalam jumlah ringgit pula projek-projek yang telah saya uruskan dan nilai melebihi RM 500 juta. Saya juga telah menilai beratus-ratus dokumen cadangan teknikal dan kewangan dari penyebutharga/penender selama 10 tahun ini.
Selama menguruskan perolehan kerajaan, saya dapati banyak kelemahan pada syarikat yang baru untuk menjadi kontraktor kepada kerajaan terutama syarikat berstatus Bumiputera. Banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan melanggar syarat perolehan kerajaan. Ada juga yang tidak memenuhi syarat bidang dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
Tidak kurang juga kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh kontraktor berpengalaman, ada yang cuai dalam menyediakan dokumen cadangan teknikal atau kewangan. Ini menyebabkan dokumen mereka ditolak serta tidak dinilai dan ini menyebabkan mereka kerugian akibat terlepas projek perolehan kerajaan yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Jadi, dengan niat ingin membantu kontraktor/usahawan saya mengambil inisiatif membuat kajian dan menyediakan rujukan bagi membantu kontraktor/usahawan dan bakal kontraktor/usahawan terutama Bumiputera, supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh kontraktor/usahawan sebelum ini.
eBook ini juga satu jalan pintas agar anda dan syarikat anda tidak perlu melalui pengalaman bertahun-tahun untuk berjaya memperolehi perolehan kerajaan. Dari apa yang dikongsikan anda akan dapat menguasai perolehan kerajaan dengan lebih cepat dan dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah lama dan berpengalaman dalam menyertai perolehan kerajaan.
Saya telah menghasilkan tiga buah ebook dalam niche perolehan kerajaan, ebook pertama adalah Rahsia Menang Sebutharga Kerajaan, kedua 30 Panduan : Perolehan Kerajaan dan ketiga 102 Persoalan Kontrak Kerajaan. Dari sambutan dan feed back yang baik dari para pembaca saya menghasilkan ebook ke empat ini.
Bagi kontraktor/usahawan yang telah memasuki perolehan kerajaan ini masanya untuk anda lebih faham proses disebalik perolehan kerajaan dan pelajari teknik untuk terus kekal memenangi persaingan dengan kontraktor-kontraktor lain dan menjana keuntungan berlipat kali ganda.Dengan kehebatan dan kepantasan teknologi hari ini anda tidak boleh ketinggalan, mungkin dahulu tiada yang hendak mengajar anda tentang sesuatu perkara kini dengan bantuan teknologi dan internet semua maklumat boleh anda dapatkan hanya dihujung jari sahaja. Cuma anda perlu tahu bagaimana nak dapatkannya dan cara untuk aplikasikan pengetahuan tersebut ke dalam dunia perniagaan sebenar.
Ramai kontraktor/usahawan dah berjaya dalam perolehan kerajaan yang mereka sertai, tetapi bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih tersekat pada persoalan, bagaimana hendak bermula memasuki perolehan kerajaan?
Dan banyak lagi alasan yang diberikan, terutama mengenai MODAL dan PENGALAMAN. Lupakan dulu semua masalah di atas, fokus fikiran anda kepada sasaran dan kejayaan yang akan anda capai nanti.
Saya akan membantu anda dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam memulakan perjalanan anda dalam perolehan kerajaan. eBook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan dibuat khas untuk anda yang masih ragu-ragu akan kemampuan mereka dalam membina perniagaan seterusnya menyertai perolehan kerajaan.
Sekarang saya akan dedahkan apa yang akan anda pelajari dari ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. eBook yang setebal 230 Muka surat ini mengandungi 7 Bahagian dan di pecahkan kepada 22 Babbagi memudahkan anda membacanya.
Semua perkara yang perlu anda tahu, ada dalam ebook ini yang disusun dari merancang membuka perniagaan sehingga memasuki perolehan kerajaan dan memenanginya. Mendapat maklumat dan nasihat dari sumber dalaman adalah sesuatu yang amat berharga. Pastikan anda mempraktikkan apa yang dikongsikan supaya beroleh hasil yang lumayan dan menguntungkan.
Dari:
Khairul Nizam Bakar
Kakitangan Awam
Belum ada tanggapan untuk "Tip menang tender kerajaan"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ