Tajuk ni merupakan isu yang perlu ditekankan atau diambil tahu oleh pembeli rumah kerana proses booking rumah melibatkan pengeluaran wang sama tunai atau cek. Tersilap langkah akan menyebabkan duit simpanan membeli rumah hilang begitu sahaja. Perkara ini boleh terjadi sekiranya anda tidak mengambil berat akan prosedur jual-beli rumah. Sekiranya tidak pernah membeli rumah, pastikan anda mendapatkan sedikit maklumat daripada rakan-rakan yang pernah membeli rumah sebelum ini. Ini sedikit sebanyak akan memberi input yang berguna pada anda nanti.
Duit booking 3% tu saya perlu bayar kepada siapa?
Soalan di atas ditanya beberapa kali oleh client saya pada minggu lepas semasa menguruskan perjualan apartment di Kajang. Sebenarnya saya amat gembira apabila ditanya beberapa kali soalan seperti di atas kerana ini menandakan saya sedang berurusan dengan pembeli yang ada pengetahuan dalam urusan jual-beli rumah.
Secara asasnya ada 2 cara yang selamat untuk pastikan wang booking tidak disalah guna oleh orang tidak berkenaan. 2 cara tersebut ialah :
- Pembayaran menggunakan cek samada cek sendiri atau banker cheque dibuat atas nama agensi hartanah yang menguruskan jual-beli. Setiap perunding hartanah berdaftar bekerja di bawah agensi hartanah yang telah mendapat tauliah daripada LPPEH.
- Pembayaran secara tunai melalui perbankan internet atau menggunakan cash deposit machice (cdm) keakaun agensi hartanah. Bagi cara ini anda perlu memberikan slip bayaran kepada perunding hartanah sebagai bukti bayaran booking.
Rata-rata kebanyakkan kes duit deposit hilang kerana memberi wang deposit secara tunai atau bank in terus ke akaun perseorangan. Apa yang boleh saya katakan, cara ini amat berisiko untuk kehilangan wang deposit. Kalau boleh elakkan.
Apabila wang deposit hilang, nanti siapa yang saya nak dipersalahkan? anda sendiri atau orang lain?
Oleh itu pastikan anda melakukan langkah yang betul dari awal untuk menuju ke rumah idaman anda.
Nota : Layari
Gohartanah Apps (GAPPS) bagi kalkulator mengira Kelayakan Loan, Kos Guaman, Duti Setem Perjanjian Sewaan dan lain-lain.
Belum ada tanggapan untuk "Cara selamat bayar booking rumah"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ