Jarang sangat orang beli rumah cash/Tunai. Kebanyakan orang awam ni seperti saya dan tuan-tuan beli rumah dengan pinjaman perumahan daripada bank. Tetapi ramai yang datang berjumpa dengan saya dan bertanya
“Tuan, apa TIPS untuk lulus loan rumah dengan mudah?”
Adakah ada tips atau teknik atau rahsia di sebalik kita nak buat pinjaman nak beli rumah ni ?
Sebenarnya ada banyak tips yang boleh kita ketahui dalam proses untuk lulus loan rumah dengan mudah. Kebanyakan kita pergi ke bank tanpa membuat sebarang persiapan rapi dan kajian (Homework) terlebih dahulu. Semangat nak beli rumah berkobar-kobar setelah membaca buku Hartawan Hartanah dan terus membuat keputusan untuk beli rumah. Terus jumpa ejen hartanah atau owner rumah dan tandatangan Perjanjian Beli Rumah.
Nahasnya bermula apabila kita pergi ke bank, pegawai bank terus reject loan rumah kita , dia bagi alasan komitmen kita dah tinggi. Kalau apply loan rumah tu pun confirm tak lulus…….(pernah dengar ke alasan sebegini? )
Kalau anda pernah dengar alasan sebegini, sebenarnya anda belum lagi mencungkil rahsia lulus loan rumah dengan mudah. Pernah tak kita dengar budak umur 24 tahun berjaya beli rumah 1/2 Juta Ringgit Malaysia ? “Ala…mak bapak dia kaya, senang la nak lulus loan rumah dia” adalah antara jawapan yang saya sering dapat….
Langkah 1 : Ketahui Objektif Anda
Tahu tak berapa harga rumah yang anda telah target sekian lama ?
Tahukah anda pula berapa gaji yang diperlukan untuk membeli rumah tersebut ?
Tahukan anda pula bagaimana pihak bank mengira kelayakan gaji anda untuk beli rumah tersebut?
Ini adalah langkah pertama dalam Rahsia Lulus Loan Rumah Dengan Mudah. Ini bukannya Rahsia sangat pun… Cuma ramai yang tidak sedar akan kepentingan mengetahui tips lulus loan rumah ini bermula dengan objektif anda dalam hartanah.
Langkah 2 : Periksa Rekod Anda dengan Bank
Ramai yang nak lulus loan rumah dengan mudah tapi tidak menjaga rekod dengan bank. Anda pinjam duit dengan bank, anda guna kemudahan bank tetapi anda tidak jaga hubungan anda, anda tidak jaga rekod anda. Bayar lambat la….bayar tertunggak 2-3 bulan la…tak bayar lansung pun ada…..
Rahsia Lulus Loan Rumah dengan Mudah –>> Periksa Rekod Anda di Bank Negara. Rekod ini dipanggil CCRIS.
Belum ada tanggapan untuk "Rahsia Lulus Loan Rumah Dengan Mudah"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ