Tulisan ni bukan nak mengatakan orang tua tak boleh beli rumah. Asalkan mampu, ada duit tentunya semua rumah yang ada boleh dibeli. Tak gitu?
Awal minggu ni saya dapat panggilan daripada seorang potensi pembeli yang berminat dengan apartment di Bandar Seri Putra. Seorang wanita berbangsa Cina tetapi fasih berbahasa Melayu.
Beliau merancang untuk berpindah kerana telah lama tinggal di rumah yang diduduki sekarang. Biasalah nak cari persekitaran baru. Dalam Islam pun kita digalakkan berhijrah demi kebaikkan.
Setelah berbual berkenaan rumah, saya cuba mendapatkan maklumat kewangan. Ini kerana beliau nak tengok rumah pada hinggu minggu ni. Deposit 10% sudah ada. Nampak menarik, boleh masuk kategori pembeli serius.
Tetapi apabila bertanya dengan umur, beliau sedang memasuki umur 50-an. “Alamak, umur dah agak lanjut” terdetik dalam hati. Suami tidak bekerja dan anak belum memasuki era pekerjaan. Hanya ada satu sumber pendapatan.
Setelah dikira bayaran bulanan mencecah RM 2,000. Gara-gara tempoh pinjaman singkat. Benar pihak bank bagi pembiayaan sehingga 35 tahun, tetapi itu untuk orang muda. Iaitu orang muda yang boleh bekerja sekurang-kurangnya 35 tahun lagi.
Dengan bayaran bulanan yang tinggi, klien ini membatalkan hasrat untuk tengok rumah ni.
Kesimpulannya kalau ada peluang beli rumah masih muda, sila guna sebaiknya. Sekiranya beli pada usia lanjut, maka bayaran bulanan akan tinggi, bayaran pelindungan takaful juga tinggi. Perkara ini dapat diselesaikan sekiranya anda mempunyai anak yang telah bekerja. Caranya dengan masukkan nama anak sebagai pembiayaan bersama.
Sekiranya anda ada klien seperti di atas, apa cadangan atau saranan anda?
Belum ada tanggapan untuk "Kenapa perlu beli rumah masa muda?"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ