Biasanya kalau mana-mana kerja mesti ada syarat-syaratanya
kan. Kalau nak jadi ejen unit trust pun sekarang ni nak kena ada diploma baru
boleh, dulu SPM dah boleh tau. Makin lama makin susah syaratnya kan. Tapi untuk
jadi
ejen hartanah, senang sikit syaratnya. Tetapi banyak
kelebihan kerja sebagai ejen hartanah nih.
Siapa sahaja anda, sama ada anda graduan universiti, bekerja
makan gaji- swasta atau kerajaan, suri rumah hatta peniaga nasi lemak
sekalipun, anda layak menjadi ejen hartanah. Lepasan SPM pun boleh! Kerjaya ini
juga tiada had umur maksimum. Anda sendiri yang akan tentukan umur maksimum
anda untuk bersara.
Dalam 1 Minggu Dah Daftar!
Apa yang penting apabila anda menceburi bidang ini adalah
latihan yang insentif dan berterusan serta komitmen anda yang akan menentukan
anda menjadi ejen hartanah yang berjaya.Tak ada pengalaman pun tak apa sebab training akan di
berikan oleh syarikat naungan. Untuk orang baru, boleh daftar sebagai ejen
hartanah bertauliah dalam masa satu minggu! Kena tahu caranya ya.
Maknanya sesiapa yang berminat boleh je jadi
ejen hartanah secara part time atau full time. Boleh le mulakan dengan part time dulu sebab
kurang pengalaman, bila dah yakin boleh buat part time dan jana pendapatan yang
masyuk sebagai ejen hartanah. Jika korag tak tahu nak mula kat mana, saya
sarankan korang baca dan fahami panduan dan tip kerjaya ejen hartanah yang di
kongsi oleh ejen bertauliah.
Tiada paksaan. Korang boleh tambah pendapatan secara part
time atau full time sebagai ejen hartanah di Malaysia. Mana tahu rezeki korang
dalam bidang hartanah memandangkan harga rumah makin naik saban tahun. Ini di
namakan peluang untuk buat duit sebagai
ejen hartanah bertauliah.
Belum ada tanggapan untuk "Kerjaya Ejen Hartanah - Siapa Sesuai?"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ