Saturday, July 19, 2014

Kerjaya Ejen Hartanah - Siapa Sesuai?

Biasanya kalau mana-mana kerja mesti ada syarat-syaratanya kan. Kalau nak jadi ejen unit trust pun sekarang ni nak kena ada diploma baru boleh, dulu SPM dah boleh tau. Makin lama makin susah syaratnya kan. Tapi untuk jadi ejen hartanah, senang sikit syaratnya. Tetapi banyak kelebihan kerja sebagai ejen hartanah nih.

Siapa sahaja anda, sama ada anda graduan universiti, bekerja makan gaji- swasta atau kerajaan, suri rumah hatta peniaga nasi lemak sekalipun, anda layak menjadi ejen hartanah. Lepasan SPM pun boleh! Kerjaya ini juga tiada had umur maksimum. Anda sendiri yang akan tentukan umur maksimum anda untuk bersara.

Dalam 1 Minggu Dah Daftar!


Apa yang penting apabila anda menceburi bidang ini adalah latihan yang insentif dan berterusan serta komitmen anda yang akan menentukan anda menjadi ejen hartanah yang berjaya.Tak ada pengalaman pun tak apa sebab training akan di berikan oleh syarikat naungan. Untuk orang baru, boleh daftar sebagai ejen hartanah bertauliah dalam masa satu minggu! Kena tahu caranya ya.

Maknanya sesiapa yang berminat boleh je jadi ejen hartanah secara part time atau full time. Boleh le mulakan dengan part time dulu sebab kurang pengalaman, bila dah yakin boleh buat part time dan jana pendapatan yang masyuk sebagai ejen hartanah. Jika korag tak tahu nak mula kat mana, saya sarankan korang baca dan fahami panduan dan tip kerjaya ejen hartanah yang di kongsi oleh ejen bertauliah.


Tiada paksaan. Korang boleh tambah pendapatan secara part time atau full time sebagai ejen hartanah di Malaysia. Mana tahu rezeki korang dalam bidang hartanah memandangkan harga rumah makin naik saban tahun. Ini di namakan peluang untuk buat duit sebagai ejen hartanah bertauliah.


No comments:

Post a Comment

Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ