Wednesday, December 23, 2015

5 Tips buat rumah atas tanah sendiri

Buat rumah atas tanah sendiri. Harga rumah makin meningkat sekarang ni. Walaupun rumah yang di buat oleh pemaju mahal tetapi tetap sold out. Laris juga walaupun mahal. Mahal bagi mereka yang gaji rendah, bagi yang gaji tinggi tiada masalah. Kalau dapat rumah Pr1ma cantik jugak kan.

Selain dari itu, terdapat pilihan lain untuk memilikki rumah sendiri yang besar dengan kos yang lebih murah iaitu dengan membina rumah atas tanah sendiri ataupun beli tanah dulu kemudian baru bina rumah atas tanah tersebut. Mungkin inilah cara terbaik untuk dapat rumah yang selesa sikit dengan harga berpatutan. Tetapi nak bina rumah atas tanah sendiri ni kena tahu cara-caranya.

Anda juga boleh cuba dapatkan rumah lelong!

Saya nak kongsikan sedikit maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri. Jika belum ada tanah, anda kena buat pinjaman untuk beli tanah dulu dan kemudian barulah boleh bina rumah.

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri ialah:

1. Pastikan anda telah ada tanah atas nama sendiri atau bersama suami/istei dan tanah tersebut boleh dibina bangunan. Jadi tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan, jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah tanah lot, eli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dan sebagainya.

2. Pastikan juga syarat tanah lainnya seperti tempoh pajakan dan sekatan kepentingan kerana urusan kebenarannya perlu ambil masa yang lama.

3. Lepas tu bolehlah melantik akitek berdaftar untuk membina pelan rumah dan dapatkan kelulusan daripada pihak majlis. Nak jimat, lantik akitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. JIka tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Lantik peguam dan kontraktor seterusnya buat perjanjian pembinaan. Jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa mebggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu.

5. Cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti contoh di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

perjanjian buat rumah



Kebaikkan membina rumah di atas tanah sendiri ialah kos lebih murah dan reka bentuk rumah ikut kehendak anda.

No comments:

Post a Comment

Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ