Beli rumah tidak sama membeli barangan lain. Banyak proses dan prosedur yang perlu dilalui. Banyak pihak terlibat.
Bagi pastikan semua proses berjalan dengan baik, anda perlu bersedia dari awal. Buat kajian atau analisa awal sebelum membuat keputusan membeli sesebuah rumah.
Boleh saya katakan, kebanyakan kes ditipu, duit deposit hangus gara-gara tiada analisa awal.
Tiada pengalaman beli rumah.
Ini hanya alasan. Tiada pengalaman sila rujuk kawan-kawan yang pernah membeli rumah. Atau hadir ke seminar-seminar hartanah berkaitan. Boleh juga beli buku tips-tips membeli rumah.
Berapa harga pasaran semasa.
Pemilik rumah atau ejen hartanah boleh letak harga RM 1 Juta bagi rumah yang bernilai RM 400 Ribu. Ini adalah harga jualan. Perkara penting pastikan anda dapatkan harga pasaran semasa. Nak tahu lebih lanjut, baca Beza Harga Jualan dan Harga Pasaran Semasa.
Kebiasaanya klien saya yang bijak akan tanya harga pasaran pada panggilan pertama lagi. Atau bertanya semasa melihat rumah. Secara peribadinya, apabila bertanya soalan-soalan penting, maka saya perlu bersedia dengan jawapan yang bermaklumat. Supaya ini dapatkan menyakinkan pembeli.
Sekiranya rumah yang hendak dibeli dijual pada harga pasaran, maka prosedurnya seperti biasa. Tapi sekiranya harga jualan tinggi daripada harga pasaran, maka rumah ini adalah over price atau over market value.
Menurut pengalaman saya sendiri serta ejen hartanah yang lain, ada juga rumah over price ini dibeli. Antara sebabnya kerana lokasi yang strategik, rumah telah diubahsuai dengan cantik, satu-satunya rumah yang ada di kawasan tersebut dan pembeli memang mencari di kawasan itu. Mungkin dekat dengan sekolah atau surau, atau dekat dengan rumah ibu bapa. Anda nak beli rumah over price, boleh baca tips membeli rumah over price.
Jadi Pembeli Bijak..
Belum ada tanggapan untuk "Kenapa perlu tahu harga pasaran semasa?"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ