Pasti ramai yang tercari-cari
Cara Memohon PR1MA Online selepas pengumuman pembinaan 10,000 unit
Perumahan Rakyat 1Malaysia di lokasi baru iaitu
Pulau Pinang. Pemohon kini boleh mendaftar secara atas talian sahaja jika memenuhi kriteria kelayakan.
Ikuti langkah demi langkah (1~7) Cara Memohon PR1MA Online
Cara Daftar PR1MA Online
1. KELAYAKAN
2. PENDAFTARAN
- Sila lengkapkan borang permohonan
- Nombor pendaftaran khas PR1MA akan diberikan sekiranya proses permohonan telah lengkap.
3. PERMOHONAN
- Pemohon berdaftar akan dimaklumkan melalui emel dan sms apabila pembangunan PR1MA yang menjadi pilihan telah dilancarkan.
- Setelah itu, pemohon berdaftar perlu mengemukakan permohonan untuk tujuan pengundian.
4. PENGESAHAN
- Setelah tamat tempoh permohonan mengundi, pemohon akan disaring melalui proses pengesahan.
- Pemohon yang sah akan dipilih untuk tujuan pengundian
5. PENGUNDIAN
- Pemohon yang sah akan diundi secara rawak.
- Sebagai makluman, proses pengundian ini akan diaudit sepenuhnya.
6. PENGUMUMAN PENGUNDI YANG BERJAYA
- Nombor undian pengundi yang berjaya akan dipaparkan di laman web PR1MA
- Pengundi yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan sms.
Nota : Pembeli rumah PR1MA yang Berjaya boleh meneruskan urusan pembiayaan perumahan dengan institusi kewangan pilihan sendiri.
7. PERUNTUKAN PERUMAHAN
- PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan memaklumkan perincian perumahan yang disediakan.
Untuk makluman, antara Lokasi Projek PR1MA sebelum ini adalah di
Putrajaya, Senawang, Rasah, Seremban Utara dan Seremban 2 selain pengumuman di lokasi baru iaitu di Penang. Diharap
Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ini dapat diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain seluruh Malaysia termasuk
Sabah dan
Sarawak bagi memberi peluang menyeluruh kepada rakyat yang memerlukan untuk memiliki Rumah Mampu Milik.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman rasmi PR1MA di
www.pr1ma.my atau email ke
info@prima.my untuk sebarang pertanyaan.
Belum ada tanggapan untuk "Cara Senang Memohon Pr1ma Perumahan Rakyat 1 Malaysia"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ