Buat rumah
atas tanah sendiri. Harga rumah makin meningkat sekarang ni. Walaupun rumah
yang di buat oleh pemaju mahal tetapi tetap sold out. Laris juga walaupun mahal.
Mahal bagi mereka yang gaji rendah, bagi yang gaji tinggi tiada masalah. Kalau dapat
rumah Pr1ma cantik jugak kan.
Selain dari
itu, terdapat pilihan lain untuk memilikki rumah sendiri yang besar dengan kos
yang lebih murah iaitu dengan membina rumah atas tanah sendiri ataupun beli
tanah dulu kemudian baru bina rumah atas tanah tersebut. Mungkin inilah cara
terbaik untuk dapat rumah yang selesa sikit dengan harga berpatutan. Tetapi nak
bina rumah atas tanah sendiri ni kena tahu cara-caranya.
Anda juga boleh cuba dapatkan rumah lelong!
Saya nak
kongsikan sedikit maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina
rumah atas tanah sendiri. Jika belum ada tanah, anda kena buat pinjaman untuk
beli tanah dulu dan kemudian barulah boleh bina rumah.
Perkara-perkara
yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri ialah:
1. Pastikan
anda telah ada tanah atas nama sendiri atau bersama suami/istei dan tanah
tersebut boleh dibina bangunan. Jadi tanah atas nama orang lain adalah tidak
dibenarkan, jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan
pecah tanah lot, eli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah
dan sebagainya.
2. Pastikan
juga syarat tanah lainnya seperti tempoh pajakan dan sekatan kepentingan kerana
urusan kebenarannya perlu ambil masa yang lama.
3. Lepas tu
bolehlah melantik akitek berdaftar untuk membina pelan rumah dan dapatkan
kelulusan daripada pihak majlis. Nak jimat, lantik akitek sambilan tetapi
apapun perlu berhati-hati. JIka tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan
tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan
majlis adalah memadai.
4. Lantik
peguam dan kontraktor seterusnya buat
perjanjian pembinaan. Jika nak jimat,
buat sendiri rumah tanpa mebggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu.
5. Cara
bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti contoh di bawah dan
sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.
Kebaikkan
membina rumah di atas tanah sendiri ialah kos lebih murah dan reka bentuk rumah
ikut kehendak anda.
Belum ada tanggapan untuk "5 Tips buat rumah atas tanah sendiri"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ