Mungkin anda pernah berkata di dalam hati ” lebih baik beli rumah baru dari rumah lama”. Mungkin anda pernah berkira-kira untuk membeli rumah siap dan pada waktu itu anda mula lah menyelak akhbar-akhbar tempatan untuk mencari rumah-rumah yang berpotensi untuk dimiliki.
Bukan setakat itu, anda juga telah mula membuat carian di google untuk mencari info rumah untuk dijual. Setetengah dari kita ada yang meminati rumah di dalam pembinaan ada juga yang masih berminat dengan rumah-rumah yang telah siap dibina, terutama mereka yang ingin membayar premium tinggi.
Dengan kenaikkan bil-bil elektik dan air saban tahun, ia memungkinkan lebih ramai yang merasai tekanannya dan mereka telah mula merubah ke hartanah yang masih didalam pembinaan sebagai jalan alternatif.
1. Seruan “harta itu milik kita dan hanya untuk kita”.
Bukan kah ianya satu perasaan yang baik untuk memiliki rumah ini dan tiada siapa pun yang pernah gunakannya . Dan kitalah orang yang PERTAMA yang mendudukinya, segalanya kelihatan sempurna sebagai “mastermind” untuk rumah ini. Satu perasaan tersendiri dengan mengatakan – kitalah orang yang pertama untuk menggunakan bilik tidur ini, kita juga orang pertama untuk bilik air ini, kita juga orang pertama untuk gunakan dapur ini.
2. Bentuk moden dan tahan lama
Jika anda sedar, bentuk rumah yang dibina hari ini adalah satu bentuk model rumah akan datang. “Future House” dimana setiap pemaju itu akan meletakkan ciri-ciri moden pada produk rumah itu agar ia dapat digunakan untuk masa 10 tahun akan datang. sebagai contoh dahulunya, kebanyakkan rumah pangsa di Kuala Lumpur hanya memiliki 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi sahaja. Tetapi setelah 10 tahun kebanyakkan pemaju telah mula membina 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, kini kebanyakkan rumah memiliki sekurang-kurang 4 bilik tidur.
Selain dari ruang bilik tidur, pemaju juga mengambil berat akan material akhiran rumah tersebut. Selain rumah anda semakin berkualiti anda juga mendapat kepuasan kerana barang milik peribadi anda sungguh eksklusif.
3. Kos membaik-pulih selenggaraan rendah
Masih ramai yang beranggapan beli rumah baru seperti juga membeli kereta baru. Barang baru ini tidak memerlukan anada membuat sebarang baik pulih, dan selenggaraan yang melampau. Cukup sekadar meletakkan kabinet dapur dan susun atur perabot dan aksesori tambahan, melainkan anda punyai wang yang banyak untuk “transform” rumah anda menjadi taman bunga.
4. Jiran baru dan boleh dipilih
Apabila kita membeli rumah lama, kita terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan persekiaran. Tetapi jangan silap memilih kawasan kejiranan, kerana mungkin adna akan menjadi buah mulut orang. Selidiki dulu jiran-jiran anda. Jika boleh lawati rumah jiran sebelah dan tanyakan beberapa soalan untuk mengetahui adakah anda boleh berinteraksi dengan jiran tetangga disini.
Lain pula dengan hartanah baru, jiran-jiran anda adalah mereka yang baru dikawasan itu. Seterusnya anda juga boleh memilih jiran-jiran yang anda rasai selesa, sebelum membuat tempahan tanyalah pegawai jualan siapakah orang yang bakal menduduki rumah sebelah anda. Pasti dia gembira untuk memberi jawapan yang anda inginkan.
5. Ubahsuai dan Keselesaaan
Rumah lama mungkin perlu diubahsuai sedikit kerana pengubahsuaian kurang menarik dilakukan oleh pemilik sebelum ini. Jadi anda mungkin memerlukan kos ubahsuai kembali rumah tersebut.
Dengan membeli rumah baru, kemasan asas dari pemaju memberikan lebih banyak pilihan dan merangsang kretiviti pemilik keatas hartanahnya.
Belum ada tanggapan untuk "Lima Sebab Mengapa Membeli Hartanah Semasa Di Dalaman Pebinaan "
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ