Baru je habis baca mengenai
Pelaburan Hartanah Untuk Pendidikan Anak-Anak, tulisan Rohaniah Noor dari propertywalz.com. YA .. idea yang sangat menarik! Satu rumah untuk satu anak. Kalau ada dua anak .. kena sediakan sekurang-kurangnya dua rumah untuk digunakan sebagai pembiayaan anak-anak, berbanding menyimpan dalam akaun simpanan samada melalui tabung amanah ataupun skim insuran.
Ideanya sangat mudah, buat permulaan, cuma sediakan deposit sebanyak 10% sahaja untuk rumah subsale. Kemudian bila rumah dah sah kepunyaan anda, sewakan ! Kalau nak dapat keuntungan lebih sikit, cuba perbagaikan seperti buat homestay ! Duit yang diperolehi dari penyewa, akan digunakan untuk membayar pinjaman setiap bulan. Kalau ada lebihan, buat bayaran awal ataupun buat simpanan untuk pelaburan seterusnya.
Contoh
Sebagai contoh, katakan anda membeli sebuah apartmen kos sederhana rendah secara subsale pada harga RM80,000. Sepuluh peratus, iaitu RM8,000 akan digunakan sebagai wang deposit dan 90 peratus lagi melalui pinjaman bank. Tapi senang ke nak dapat pinjaman bank sekarang? Ataupun korang boleh dapatkan
tip2 senang lulus pinjaman ( pinjaman kerete, rumah dll ).
Katakan, selepas itu anda menyewa dengan kadar sewa sebanyak RM550 mengikut kadar sewa semasa dikawasan tersebut. Bayaran ansuran bulanan bank pula lebih kurang RM 370 dengan andaian kadar faedah sebanyak 4.6% dan tempoh pinjaman selama 30 tahun. Selepas dicampur dengan kos penyelenggaran apartmen sebanyak RM50, komitmen bulanan kasar anda adalah sebanyak RM420.
Selepas ditolak dengan harga sewa semasa iaitu RM550, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak RM130, dan duit ini boleh digunakan untuk simpanan atau proses pelaburan seterusnya.
Kadar sewaan dan harga hartanah bukan habis setakat itu sahaja, dan akan naik dari masa ke semasa. Berdasarkan Indeks Harga Rumah suku tahun ketiga 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,
Malaysia mencatat kenaikan harga sebanyak 6.6% pada tahun 2011 berbanding suku tahun ketiga pada tahun 2010.
Belum ada tanggapan untuk "Tip Pelaburan Hartanah Untuk Anak-anak"
Post a Comment
Ada konfius tentang hartanah? Sila luahkan. TQ